Sabtu, 21 Mac 2009
Penderhaka CINTA..
peringatan buat kita yang sering alpa dan leka... disaat hidup beredar pada orbitnya, ada antara kita yang tergelincir dari landasannya, namun dia masih mampu tersenyum gembira,tenangkah hati dia tatkala terbelaunya sinar-sinar dosa di celah-celah putih sukma? aduhai jiwa yang sering terkandas..inikah hala pergi hidupmu? tega benar hatimu melakukan maksiat walhal dirimu acuan dari pendidikan agama, lupakah kamu bahawa orang yang tahu tetapi tidak mengamalkan terlebih dahulu akan disiksa berbanding orang yang melakukan kejahatan sedangkan dia jahil.. engkau alpa lagi,, cinta manusia yang membuai nurani,dahan yang engkau sangka kukuh itu sebenarnya teramat rapuh!! bila-bila sahaja dia bakal runtuh. Cinta spesis apakah yang bermukim di hatimu? cinta sejati katamu, cinta yang dapat memberi semangat.. kau silap sahabatku.. memberi semangat untuk apa?? mendorong untuk melakukan maksiat bukan?itu hakikatnya. Cinta sejati bukan begitu, cinta sejati bukan berpaksi pada nafsu, cinta sejati juga bukan dari wadah dosa.Ahh.. katamu aku hanya bisa bicara dan bicaraku kosong tak bermakna. Aku tak bersedih jika itu katamu,tapi aku bersedih atas penderhakaanmu,penderhakaan terhadap pencipta cinta..aku kecewa kerana engkau sanggup memalitkan noda pada suci fitrah cinta. kecewaku kian memuncak tatkala aku melihat dirimu yang semakin mengabaikan aurat yang sepatutnya kau jaga rapi. Inikah harga sekuntum cinta yang kau bayar? terlalu murah!!!! aku kecewa lagi..entah untuk kali yang keberapa, aku sendiri tak pasti.. apabila kau lupa batasan, batas2 pergaulan tak kau hiraukan.. jangan begitu sahabatku,aku merayu.. cinta nafsu nikmatnya bersifat sementara dan fana.Disaat musim bunga bermula, kuntuman cinta pun berputik mekar dan mewangi harumnya kau rasai, semuanya terasa indah bagaikan berada di langit angkasa. Namun musim bunga akan berlalu sahabatku.. dan musim luruh bakal menggantikan tempatnya. Kecewa,hampa,sedih dan pilu perasaanmu akan menjadi sebegitu, kelopak cinta yang gugur itu jangan kau kutip lagi,biarkan ia disitu,layu dan terus melayu jangan disirami dengan airmatamu. Jika kau perlukan seorang teman,aku masih ada buatmu..peringatan buat diriku jua..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan