Ahad, 5 April 2009

kehilangan @ perpisahan? Adui..frustnyer..

Benarlah,sebuah kehilangan mengajar kita erti menghargai. Jika suatu masa dahulu kehadirannya tak pernah kita sedari, setelah dia menghilang barulah kita tercari-cari kemana perginya empunya diri. Sayangi dan hargailah kewujudannya ketika dia masih di sisi, jangan setelah dia tiada barulah kita hendak menangisi. Cerita yang hendak dipaparkan di sini adalah sebuah luahan rasa dari saya sendiri. Saya benar-benar terpana dengan kehilangan dirinya, kini saya sedar yang saya amat2 menyayangi dirinya. tarikh 4hb april menjadi tarikh keramat dalam diari hidup saya,satu perpisahan yang amat memilukan,kesedihan saya hampir tak tertanggung. Saya kesal kerana selama ini saya tak pedulikan dia, saya biar je dia sorang-sorang,saya selalu tinggalkan dia. Kejamnya saya..akhirnya, dia tinggalkan saya,dia pergi jua..tak dapat saya gambarkan kekecewaan hati saya. Saya termenung sepanjang malam. Saya lanjutkan kesedihan saya kepada sang pencipta,pengaduan yang penuh syahdu dalam sujud terakhir. Saya terkedu beberapa ketika. Bila saya tersedar dari lamunan,saya tercari-cari bayang dirinya. Hampa. Bayangnya juga telah menghilang,tinggal saya sepi sendirian. Terlalu marahkah dia dengan perbuatan saya atau rajuk benar hatinya dengan kata-kata saya? saya pun tak mengerti. Andai dapat saya undur putaran dunia, ingin sekali saya kembali bersama dengan dia, curahkan segala kasih dan sayang.. tapi saya sedar semua tu hanyalah anganan semata. Saya pasrah atas kehilangan ini.. ada hikmah di sebaliknya. Semoga Allah menggantikan yang hilang serta menumbuhkan yang telah patah..hu3..Selamat tinggal Enset kesayanganku..Enset yang meninggalkan memori dalam hidup saya cz itu handset pertama saya masa saya mula-mula masuk matrix dan handset tu juga hadiah pemberian kakak..Kepada insan yang tercuri mahupun terambil handset saya tu, semoga allah mengampunimu..semoga hidayah allah akan menerangi hidupmu..

1 ulasan:

Puteri Sunan berkata...

Tol tue...mungkin de hikmah disebaliknya, tabah la menghadapi dugaan ini ea..de yang lagi baik..doa2kn mga yang terambil itu diberi haidayah oleh-NYa dan kembali insaf..huhu