Selasa, 29 Disember 2009

Semalam, hari ini dan esok...

jika semalam kita insan yang sering berduka
biarlah hari ini kita tersenyum ceria
andai semalam kita tersasar di tengah kegelapan
biarlah hari ini kita terpimpin di bawah sinaran
kiranya kelmarin kita terjatuh lantaran kecewa
bangun! bangunlah hari ini..
kerana kita tercipta bukan untuk mengecapi derita sengsara
setiap saat yang hadir dan berlalu merakam sejuta makna
buat insan yang mensyukuri nikmat pemberian dari Tuhan..
dan,
jika hari ini kita telah mampu tersenyum ceria
jika hari ini kita berada di bawah sinar cerah
andai hari ini kita bangun berdiri semula
tak bererti esok mendung tak kunjung tiba
kerana..
hidup ibarat roda
langkah kita bisa tersasar bila-bila sahaja
namun..
jika itu yang terjadi..segeralah kembali kepada cinta sejati
segeralah kembali kepada Ad-din yang hakiki
berpegang pada sunnah nabi
seizinNYA hidup ini akan di redhai..

Tiada ulasan: