protected under copyright act 1987
Aku..
Melakar cerita di kanvas sebuah kehidupan
Setiap mentari yang muncul di muara hari adalah ukiran kenangan
Yang tercantum dari perca-perca suka serta duka
Di jahit dengan benang cinta bersulamkan manik rindu
Lalu kupakai demi menghabisi waktu
Adakala..
Diperjalanan penuh rindu ini
Duri mazmumah menusuk carik nilai mahmudah
Terhenti langkah seketika dalam asyik di buai nafsu
Rindu hilang tiba-tiba berganti rindu yang palsu
Cinta suci tenggelam karam di lautan cinta duniawi
Dalam terkapai lemas aku masih terleka
Padahal ku tahu cinta duniawi bisa memudaratkan diri sendiri
Hanyut ke hujung lautan ...
Oh..dimanakah pelabuhan untukku berhenti?
Aku tak mahu senjaku di sini
Di kepulauan penuh sepi..
Sedangkan matlamat hidup bukan untuk begini!
Hidupku adalah sebagai abdi kepada ilahi
Dan..di hujung hidup nanti ada mati yang menanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan