
seringkali.. packet dataku bersimpang siur
mencari arah manakah router ini bakal pergi
namun..
dalam penat dan lelah mencari
akhirnya aku temui satu jawapan yang teramat pasti..
Ahh! rupa-rupanya aku terlupa
pada indahnya routing table yang allah tetapkan untuk diriku ini..
sejenak..
aku menjenguk ke arah itu..lalu aku terlihat satu pawana akhirat yang indah menanti..
lahir dari perut ibunda di satu subuh 9 mei 1987.. membesar dengan penuh kasih sayang dari bonda dan ayahanda walaupun dalam keadaan yang sederhana tapi aku amat bersyukur..sekarang aku hampir menginjak usia dewasa setelah melalui network yang bernama REMAJA..hampir gateway ku gagal me monitor virus-virus yang hampir memusnahkan packet dataku..mujurlah bridge ku masih mampu berfungsi walaupun dalam tenat..
JODOH?? ya.. semuanya itu telah berada dalam routing table yang allah configure kan untukku..cume, aku yang tidak mengetahui semua itu kerana aku tidak menggunakan BGS(Border Gateway Protocol) yang selalu men'updatekan router-router nya..
MAUT? yah..aku juga akui routerku akan sampai ke situ..yang pastinya tarikh itu masih tersembunyi..
buat-buat rakan yang pernah berada dalam satu autonomous system yang sama denganku, aku memohon jutaan kemaafan andai routerku sering melakukan kesilapan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan