Jumaat, 13 Februari 2009

Tenanglah duhai hati..

Angin panas yang bertiup dari padang sahara berhembus agak kuat tengahari itu. Derap-derap kaki kuda menerbangkan pepasir halus ke ruang udara udara,ditengah-tengah pasir-pasir yang memutih itu, hati kental seorang pejuang terdetak, fikirannya hanyut seketika..terbayang-bayang peristiwa sebelum dia berangkat dari pondok kecilnya." Abi, kenapa abi selalu tinggalkan ammar dan ummi?". Satu pertanyaan di lontarkan dari mulut comel sikecil yang berumur 4 tahun. Salahuddin mendekati anaknya lalu mengusap-usap kepala anaknya dengan seinfiniti rasa kasih dan sayang." anakku ammar..abi bukan sengaja meninggalkanmu, tapi abi keluar mencari setitis keredhaan, abi tidak tega melihat saudara kita diluar sana merintih sedangkan abi disini masih lagi mampu tersenyum dan bergembira, itu bukan tujuan hidup abi,abi tak rela zionis laknatullah meratah daging saudara kita, abi keluar sebagai pejuang..
Rupa-rupanya angin panas tengahari itu menyaksikan segala-galanya.. kuda yang gagah tadi rebah menyembah pasir kasar dilembah sahara itu. kedengaran kereta-kereta kebal zionis berdaum galak, tembakan bertalu-talu dari darat dan udara mengepung bandar mirza. Senja merangkak-rangkak perlahan penuh sendu dan duka menggantikan siang berdarah di bandar mirza.

************************************************************************************

"ummi..kenapa abi tak pulang-pulang? ammar rindukan abi, ammar nak bagitahu abi yang ammar dah berjaya menghafal surah yasin hari ini, ammar jugak dah pandai memanah dengan tepat". Naluri sebagai seorang ibu dan juga isteri zainab tersentuh tatkala mendengar pertanyaan dari anak kecil itu. Perasaan sayu singgah di hati zainab, manik-manik jernih luruh di atas pipinya yang putih bersih. dia memaut putera kesayangan itu ke dalam pelukan. " ammar sayang..ingat apa yang pernah abi pesan, kalau abi tidak kembali lagi abi nak ammar juga mengikut jejak abi..syahid di jalan allah..".
*************************************************************************************

Malam itu bulan bersinar malap, bintang-bintang pula berkerdip sekali-sekala. Kota mirza kelihatan suram. Askar zionis mula melangsaikan perancangan busuk yang bersifat kebinatangan mereka, iaitu menceroboh rumah penghuni kota mirza… kelihatan ada sinar lilin yang menerangi pondok kecil yang didiami zainab dan ammar. Dua beranak itu sedang menunaikan solat isyak dengan penuh kekhusyukan. Tiba – tiba..dang!! satu tendangan kuat mengenai pintu masuk pondok kecil itu. Beberapa orang tentera zionis bergegas masuk. Bang!! Satu tembakan diacukan kea rah zainab yang sedang sujud. Darah merah yang panas dan hanyir memenuhi sejadah lusuh milik zainab. Zainab terkulai layu didalam sujud terakhir. “ ummi!!! Raung ammar nyaring. “ kamu semua laknatullah! Aku tak kan halalkan perbuatan kalian! Tunggu pembalasan dariku!..”jerit anak kecil itu penuh dendam. Tentera zionis ketawa terbahak-bahak. “ Hei! Budak hingusan, jangan bermimpi untuk melawan kami, mak kamu memang patut di hapuskan dari muka bumi yang aman ni, keturunan kamu juga patut dilenyapkan, bangsa gila!!”. Tentera yang bermuka bengis itu mula marah dan mengacukan senapang kearah ammar. “ nanti dulu!!” jerit satu suara. Tubuh kecil ammar dengan airmata yang masih bersisa diseret menaiki van milik zionis.

20 tahun kemudian…

“Tahniah ! michael, daddy berbangga dengan pencapaian kamu, mulai hari ini kamu dilantik menjadi komando tentera kita. Daddy nak kamu buat perancangan yang lebih terperinci untuk menyerang Negara-negara islam yang masih berbaki.” Kata Enrique kepada anaknya. “ itu perkara mudah daddy, Negara-negara islam sekarang lemah, bila – bila masa sahaja kita boleh serang.” Balas Michael pula.


Disebalik penjara zulumat yang kukuh tersergam, kedengaran alunan alqur’an mendayu-dayu menusuk kalbu. Komando Michael menekan remote di tangannya, serentak pintu kebal penjara terbuka luas. Penghuni – penghuni cell bangun dan memberi tabik hormat kepadanya. Tapi … sesuatu yang aneh terjadi terhadapnya hari ini tatkala melintas satu cell yang di huni oleh seorang tua. Komando Michael tak diendahkan.. sebaliknya si tua it u terus membaca sesuatu dengan penuh tenang dan khusyuk sekali. Komando Michael menjadi berang dengan telatah orang tua itu. Baginya itu satu penghinaan! Pang!!.. satu penampar hinggap di pipi si tua beserta satu sepakan hinggap di tubuh lemah itu. Senaskah alqur’an jatuh dihadapan komando michael. Si tua merintih dalam nada yang perlahan sambil mulutnya menyebut beberapa baris kalimat.. kalaulah anakku ammar masih ada… kamu takkan terdaya melakukan kezaliman ini..anakku ammar akan berjuang untukku agamaku, bangsaku…anakku akan menggempur kalian wahai kuffar laknatullah…! Komando Michael tersentak. Jantungnya berhenti berdegup seketika. Ammar … panggilan itu..seolah-olah sinonim dengan dirinya.. ya.. itulah namanya 20 tahun dahulu sebelum di kristiankan oleh bapa angkatnya Enrique. “ siapa namamu?” suara komando Michael yang tegang tadi berubah mengendur.. “ namaku salahuddin…” jawab si tua dengan suara yang terketar-ketar. Air muka komando Michael menjadi pucat serta merta. Tubuhnya menggeletar. Hatinya yang keras membatu tiba-tiba menjadi selembut air. Air mata jernih turun membasahi lekuk-lekuk di wajahnya. “ abi..ini ammar anak abi..percayalah ini ammar.maafkan ammar abi, ampunkan ammar kerana telah mengasari abi..” komando Michael terduduk dihadapan salahuddin, kepalanya disembam ke dada ayahnya itu dan menangis teresak-esak. “ syukur padamu ya allah..doaku selama bertahun-tahun akhirnya termakbul..penderitaan umat islam akan terbela.. bisik salahuddin sambil memeluk erat puteranya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain allah, nabi Muhammad itu pesuruh allah.. dua kalimah syahadah meluncur laju di bibir ammar sambil disaksikan oleh ayahnya.



“ Michael, kamu dari mana?”. Tanya Enrique sebaik sahaja ammar melangkah masuk ke rumah mereka yang seluas istana. “ saya dari penjara zulumat”. Jawab ammar dingin dan penuh kebencian terhadap Enrique. “ bagaimana dengan keadaan penjara dan bagaimana dengan si tua bodoh tu?”. Soal Enrique lagi. “ Maksud daddy, salahuddin?”. Giliran ammar pula bertanya inginkan kepastian. “ ya..tepat sekali..orang tua tu memang degil dan sombong, dah puas daddy siksa tapi dia masih tak berganjak dan menentang tentera kita”. Ulas Enrique. Hati ammar bergelodak, marahnya terhadap Enrique mula memuncak.

Dinihari …

Ammar menyelinap masuk kedalam penjara. Dengan menggunakan hujung jarinya menekan remote, semua cell-cell penjara yang di huni ummat islam terbuka. Ammar mengarahkan mereka semua supaya masuk kedalam satu lorong rahsia yang menghubungkan dengan Negara islam yang kuat. Lorong rahsia itu asalnya di buat oleh ammar dengan tujuan menyerang Negara tersebut.

“ abi, ammar perlu selesaikan satu misi lagi..ammar harap abi pergi dahulu, ammar akan menyusul kemudian”.

Tiada ulasan: