
Pagi-pagi lagi tok ayah bangun.Masa tu ayam serama tok ayah masih belum berkokok lagi. Tok ayah berjalan terbongkok-bongkok menuju ke telaga di bawah cerun bersebelahan rumah tok ayah. Tok ayah ceduk air menggunakan timba pelepah pinang,tok ayah curah ke dalam baldi yang berasal dari bekas cat rumah. Tok ayah mandi dan ambil wuduk tanpa menghiraukan sejuk yang mencengkam tulang sum-sum. Gigi tok ayah berlaga-laga dan tubuh tok ayah menggigil. Lalu tok ayah capai tuala buruk yang sudah lusuh untuk mengelap tubuh tua tok ayah. Walaupun tuala itu sudah tak mampu meresap air,tapi tuala tersebut bersih dijaga rapi oleh tok ayah. Tok ayah berjalan berhati-hati apabila melihat semut-semut hitam beratur berjujut melalui samar-samar pelita yang tok ayah pegang. Tok ayah tak mahu terpijak semut-semut tersebut.
****************************************************************************************
Tok ayah mengayuh basikal perlahan-lahan,berkeriut bunyi pedal basikal tok ayah. Tok ayah selalu pergi awal ke masjid kerana tidak mahu terlucut sembahyang jemaah. Tok ayah tak jemu-jemu mengayuh basikal buruk kesayangan tok ayah tak kira samada solat subuh, zuhur,asar,maghrib dan isyak. Tok ayah tak punya motosikal mahupun kereta mewah. namun, tok ayah selalu sampai awal ke masjid berbanding dengan makmun-makmun yang menaiki motosikal dan kereta. Tok ayah akan bentang sejadah untuk semua sejadah untuk imam dan makmun-makmun. Selesai solat tahiyatul masjid, tok ayah duduk bertafakur. lama sekali tok ayah duduk begitu,airmata tok ayah jatuh sehingga janggut tok ayah yang putih menjadi basah. Hati tok ayah hiba.Rindu dihati tok ayah sarat menggunung. Tok ayah kesat airmata tok ayah dengan telapak tangan tok ayah yang berurat timbul dan kasar.
"ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...."
Mendayu-dayu suara tok ayah melaungkan azan,tok ayah menguatkan suara supaya penduduk kampung bangun dari tidur untuk sama-sama solat berjemaah. Beberapa minit kemudian muncul makmun-makmun datang dari seluruh ceruk kampung. Tok ayah mengimamkan solat subuh. Tok ayah baca surah-surah yang sederhana panjang. seusai solat tok ayah doa panjang-panjang. Tok ayah menangis lagi. Airmata tok ayah mengalir deras. pilu mengunjung di hati makmun-makmun di belakang. Mereka semakin khusyuk mengaminkan doa.
Semua makmun meninggalkan masjid ketika cerah-cerah tanah. Tapi tok ayah setia di atas sejadah. Tok ayah solat sunat isyrak dan dhuha. Kemudian tok ayah bersihkan kawasan masjid. Tok ayah sangkut jubah putih tok ayah yang sudah bertukar menjadi warna kuning di penyidai. Tok ayah gulung semua tikar dan tok ayah sapu bersih-bersih tempat bersolat. Tok ayah salin air kolah masjid dengan air baru. Setelah semua selesai barulah tok ayah berangkat pulang kerumah.
**************************************************************************************
Hari ini hati tok ayah girang, anak cucu tok ayah hendak pulang dari kuala lumpur. Tok ayah pikul cangkul keatas bahu sambil berjalan menuju ke kebun. Tok ayah hendak cangkul ubi keledek. Tok ayah tahu anaknya suka makan ubi keledek rebus. Senyum di bibir tok ayah tak lekang-lekang. Sekali-sekala tok ayah menguis-nguis tanah yang melekat di kaki tok ayah. Peluh merenik di dahi tok ayah,tok ayah kesat dengan kain batik lepas diatas kepala tok ayah. Tok ayah terus mencangkul.
##############################(pi makan jap.)#################
Tok ayah termengah-mengah,penyakit asma tok ayah menyerang tiba-tiba. Tok ayah terduduk ditepi batas ubi keledek sambil menekan dada tok ayah yang sakit. Mentari meninggi diatas kepala, Tok ayah teringat waktu zuhur sudah hampir. Tok ayah bangun dan menyapu debu-debu tanah di seluar lalu mencapai baldi berisi ubi keledek tadi. Tok ayah berjalan semput-semput menuju ke rumah. Tok ayah perlu bersihkan diri,tok ayah hendak ke masjid.
**************************************************************************************
Pon..pon.. Tok ayah tersedar dari tidur bila terdengar bunyi hon dari halaman rumah tok ayah yang bersih di sapu. Tok ayah bangun cepat-cepat, tak ayah tahu anaknya kamaruddin sudah sampai. Tok ayah tak sabar-sabar nak tengok anak kesayangan tok ayah, tok ayah nak tengok wajah-wajah comel cucu tok ayah. Tok ayah menjengah kemuka pintu, tok ayah nampak kereta mercedes hitam tersadai dekat tangga rumah tok ayah.
" Assalamuailaikum baba...". Kamaruddin memberi salam sambil menghulur tangan bersalaman dengan tok ayah. kamaruddin kucup dahi tok ayah.tok ayah cuma senyum dan diam.#############(study math discrete jap,exam dh dkat nh..)###..Tok ayah nampak menantu tok ayah teragak-agak turun dari kereta. Tok ayah juga nampak air mukanya memuncung panjang.
" Aiman, meh salam dengan tok ayah". Kamaruddin melambai-lambai ke arah anaknya.
" Aiman tak nak salam ngan tok ayah,muka tok ayah macam hantu.." Aiman merengek.
Tok ayah hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil mendekati cucunya.
" Aiman nak ikut tok ayah pegi memancing ikan dekat tali air tak? kat sana banyak ikan tau..macam-macam". Pujuk tok ayah lembut.
" Nak..nak..". Aiman segera melompat turun dari kereta dengan ghairah.
Menantu tok ayah,imah menjeling tajam ke arah tok ayah sambil menjengketkan kakinya melangkah masuk ke pondok kecil milik tok ayah.
" Isy..panasla kat sini,aircond takde". Imah mengibaskan mukanya dengan selendang yang terselempang di lehernya. Matanya melilau melihat tikar mengkuang yang di hampar oleh tok ayah.
" I rase macam kembali ke zaman paleolitik la bila balik kat rumah ni, u tak rase camtu ke?" Imah mengajukan soalan sinis kepada suaminya, kamaruddin. Kamaruddin hanya membuat isyarat mata mengarahkan supaya imah senyap. Tapi, tok ayah dapat menangkap semua tu, tok ayah dapat baca keadaan tu. Walaupun tok ayah tak punya pendidikan tinggi, pengalaman tok ayah lebih tinggi dari mereka.
*************************************************************************************
Imah membuka saji yang terlungkup di bahagian tengah dapur tok ayah, ada pucuk paku rebus,budu yang tersisa dan ikan tawar yang dibakar. Imah gaul makanan tersebut dalam pinggan, imah jamu makanan kegemaran tok ayah kepada kucing.Imah buka periuk belanga tok ayah pula,kelihatan ubi keledek yang masih berasap bergolek di dalam periuk tersebut.
" Eei..betul-betul mematikan selera aku, takde makanan lain ke yang nak di makan, makanan kucing jugak yang jadik pilihan". Imah mengomel sorang-sorang. Langkah tok ayah terhenti apabila melihat tingkah imah, niatnya hendak meneguk air kosong di dapur terbatal serta merta. Tok ayah berpatah ke ruang tamu. Tok ayah tak hirau lagi tengkuk tok ayah yang haus. Hati tok ayah sebak, mata tok ayah berkaca.
" Abang, kita makan kat pekan jela ye.." Imah bersuara dari dapur.
" Kenape u tak masak je kat sini?". kamaruddin menjawab soalan imah dengan pertanyaan juga.
" i nak masak apa? makanan untuk kucing adela.."
" Ok la..kita pegi makan kat pekan". kamaruddin mengalah.
**************************************************************************************
" Tok ayah, aiman nak ikan tu..tok ayah pancingla ikan tu.." Aiman terkinja-kinja di tepi tali air.
" cucu atuk nak ikan keli ye..nanti tok ayah pancing..Aiman nak buat ape dengan ikan keli ni?" tok ayah bertanya sambil memasukkan umpan kelkatu kedalam mata kail.
" Aiman nak tunjuk dekat kawan-kawan aiman ikan raksasa ni, mesti diorang cakap aiman hebat". Tok ayah tersenyum mendengar kata-kata aiman. Tok ayah lempar mata kail kedalam tali air yang sederhana dalam. Ikan-ikan berebut memakan umpan kail tok ayah. Beberapa minit sahaja, tok ayah menyentap joran buluh, seekor keli besar tapak tangan melekat di mata kail.
" yahuuuu.." Aiman bersorak keriangan sambil bertepuk tangan.
" atuk hebat..atuk hebat.." Aiman memuji-muji tok ayah. Tok ayah tersenyum lagi.
“ Bak sinila ikan tu tok ayah..aiman nak pegang..mana aci tok ayah sorang je yang pegang..aiman nak jugak..”. Rengek aiman manja.
“ Nantila dulu, tok ayah nak buang sengat keli ni..bahaya..”
“ Alaa..nak jugak..nak jugak..” Aiman menarik-narik lengan baju tok ayah yang sedang memegang ikan keli.
“ Astaghfirullahalazim..”. Darah segar memancut keluar dari jemari tok ayah. Tok ayah memegang pergelangan tangan untuk menyekat bisa sengat keli dari terus berlari mengikut aliran darah. Tok ayah capai kain diatas kepala,tok ayah ikat kuat-kuat pada pergelangan tangan tadi. Aiman terkebil-kebil memandang perbuatan datuknya.
“ Kan tok ayah dah cakap..ikan keli ni ada sengat,tak boleh senang-senang je nak pegang..”. Tok ayah menasihati aiman.
“ Yela..aiman janji, aiman tak buat lagi”.
Tok ayah duduk di atas bangku buluh di halaman rumah tok ayah. Tok ayah gumpal daun pokok kapal terbang dan tok ayah letak di tempat disengat keli. Darah mula kering perlahan-lahan.
“ Baba, kenapa dengan tangan baba ni?”. Kamaruddin entah dari arah mana tiba-tiba mengajukan soalan kepada tok ayah.
“ Baba pergi mengail tadi,entah macam mana kena sengat ikan keli pulak..” Jawab tok ayah tenang dan bersahaja.
“ Eh, bahaya ni, jom din hantar baba ke klinik..”. Kamaruddin mula risau melihat keadaan ayahnya.
“ Buat apa nak hantar baba ke klinik bang..baba kan ada ubat-ubat tradisional tu, baba mana boleh telan ubat moden ni, saya bukannya apa takut baba termuntah je..”. Imah pula datang menyampuk tiba-tiba.
“ Betul kata isteri kau tu din, baba ni orang kampong, mana biasa dengan benda-benda moden ni..”. Tok ayah bersuara sayu tanda jauh hati. Kamruddin menjeling kea rah isterinya. Imah membalas dengan jelingan yang lebih tajam memprotes suaminya.