jeng2..bersua kembali...jom kita bercerita lagi.
setelah aku bercuti selama seminggu tiba-tiba, teet..teet.. 1 message received. erm, sape pulak yang rajin hantar mesej pagi- pagi buta ni?
" kepada puan asiah..sila datang bekerja secepat yang mungkin".noktah.ape?? die cakap aku puan? tak puas hati nih...takpe, sabar itu separuh dari iman.
Sebaik sahaja kereta persona mengambil tempat di dalam garaj, aku melompat turun dan berlari meluru ke dalam rumah.
" nak ke mana tu?".Kedengaran suara ummi aku yang merdu menegur tingkah aku yang boleh di ibaratkan seperti kucing lipas kudung.
"ummi,eisya kena balik kat tempat keje malam ni jugak, bos dah bising"..balas aku cepat-cepat.
Tatkala burung-burung di dahan riang berkicau aku dengan hati berdebar-debar melangkah masuk ke pejabat.
Pantas aku mencapai lembaran-lembaran gambar pasangan pengantin untuk di scan. " Asiah, banyak lagi ke data yang tak siap?". Alamak.. bos dah ada kat belakang aku rupa-rupanya. Aku berpaling dengan sudut 180 darjah dan mengukir senyuman yang paling manis aku kira yang tak pernah aku bagi kat sape-sape sebelum ni. "eh, takdela bos..sikit lagi ni.." jawab aku pura-pura relaks. Bos pun meninggalkan aku sorang-sorang. adui...sikit apenye camni? banyak tau...abislaa aku kali ni. sedang aku tergopoh gapah menyiapkan tugasan..
" saudari,banyak lagi ke yang tak siap?". Satu suara asing menegur aku. Aik? sape ye..mak oi..imam sedang berdiri tegak di tepi meja aku.
" mintak maaf imam ye, sebenarnya banyak lagi yang tak siap ni.."
" Ok, kalau macamtu saya balik dulu la, lain kali saya datang ambil data-data ni, assalamualaikum.."
" waalaikumussalam.."
Alhamdulillah..lega perasaan aku. Aku pun menyiapkan kerja dengan tenang. I'm sorry bos..tak sengaja.
2 ulasan:
boss..oo..boss..
tgk ni PUAN siah dok berblog!
(kaki report..ehehhe)
he3..alamak..pzah ni..
Catat Ulasan