Khamis, 4 Jun 2009

Sobahal khair..


sobahal khair kepada semua khalifah-khalifah allah yang masih setia dengan iman dan perjuangan. Tahniah kepada anda semua kerana masih mampu bertahan meskipun mehnah dan tohmah jadi imbuhan. Anda adalah pejuang, anda adalah wira serta pahlawan biarpun hanya pertaruhan dengan diri sendiri. Mengapa tidak? saya yakin anda semua pernah di uji dan akan sentiasa di uji masa demi masa, waktu demi waktu serta detik demi detik selagi di hati anda masih bersisa secebis IMAN.Ingatlah tidak beriman seseorang itu selagi tidak di uji... kadang-kadang ada yang rebah tatkala menerima anugerah yang bernama ujian tak kurang juga ada yang semakin bertambah keimanan. Jangan gentar para pahlawan sekalian, allah sentiasa ada bersama kita, jangan pernah berasa sunyi dan keseorangan. Allah teman yang paling setia. Anda tidak percaya? pernahkah anda berselisih faham dengan sahabat yang paling baik anda kira, yang paling anda percaya, percaya yang teramat. Tentu anda dapat jangka apa yang sahabat anda akan lakukan..dia akan tinggalkan kita keseorangan, dia akan mencari sahabat lain pula.Walhal anda sendiri pun tidak tahu apa salah anda.Inilah insan yang paling anda percaya, inilah sahabat baik anda.Jika anda mengalami situasi sebegini, anda jangan mudah melatah..lihatlah langit biru yang terbentang indah saujana mata memandang,lihat pohon-pohon hijau yang sentiasa tersenyum, tasik yang tenang serta burung-burung yang berkicau riang. Itulah petanda kasih sayang allah kepada kita,itu kekuasaan allah,allah yang menguji kita tanda sayangnya kepada kita.Anda masih kurang percaya? pernahkah hati anda diserang penyakit resah dan gelisah, sehinggakan anda berasa bibir anda seolah-seolah terkunci untuk tersenyum malah untuk berbicara pun anda tidak mampu,Airmata tak tertahan lagi dari menitis kepipi. Dada dirasakan begitu sesak dan difikiran anda hanyalah sebaris ayat..'ya allah ujian ini terlalu berat, hambamu ini tidak tertanggung menahan derita yang melanda jiwa'..tanpa anda sangka di suatu saat nanti anda akan tersenyum penuh gembira dan bahagia.Rupa-rupanya kebahagiaan anda itu terbit dari penderitaan yang anda tidak mampu menahan siksanya tadi.Nah, lihatlah saudaraku..betapa berhikmahnya kejadiaan dari allah.Fikirkanlah..sesaat kesedihan anda,tapi bertahun-tahun kegembiraan anda.Secebis kedukaan anda, menggunung kebahagiaan untuk anda.Berbahagialah buat insan yang berjaya menyucikan dirinya...mumtaz!

Tiada ulasan: