
Siang terus beredar tanpa setia di samping kita..malam pula hadir menjadi pengganti sebagai penghibur hati..umur semakin bertambah, rupa juga kian berubah.Pertemuan dan perpisahan silih berganti. Pernahkah kita terfikir tentang sesuatu yang tersangat hampir dengan kita? Iaitu KEMATIAN .Ada insan yang pulang ke sisi Allah ketika umurnya masih bayi, terdapat juga yang kembali ketika tenaga masih segar dan gagah,tak kurang juga ada yang di jemput allah di saat dirinya sudah lemah tak bermaya. Fikirkanlah duhai teman-teman..jika di saat ini kesihatanmu amat membanggakan, paras wajahmu masih ayu menawan serta menarik tampan.. jangan lupa bahawa semua itu hanya pinjaman. Akan tiba suatu saat semua itu akan di kembalikan. Itulah lumrah sebuah kehidupan.
Tetapi.. seandainya..dirimu bukan berada di tempat itu,kesihatan bukanlah milikmu,ingatlah..ujian adalah satu pemberian yang menguji kesabaran.. sabarlah pada setiap dugaan kerana allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.DIA yang tidak pernah mengabaikan semua hamba-hambanya. Jangan kerana hebatnya derita,langkahmu goyah lalu rebah. Jangan kerana kecewanya sukma,hatimu memberontak punah. Renungkanlah pada detik yang teramat getir, detik di mana roh meninggalkan jasad. Satu perpisahan yang tiada siapa mampu menemukan lagi. Kesakitan yang tiada seorang doktor mahupun dukun mampu mengubatnya..itulah kesakitan tatkala hadirnya kematian. Kematian yang tiada siapa boleh menghindari,kita semua pasti melalui
Wahai hamba-hamba allah sekalian..masih belum cukupkah kematian itu menjadi satu pengajaran? Masih teringinkah dirimu dan diriku mengingkari perintah allah? Bertaubatlah dari dosa-dosa lalu yang menggunung itu.. cukuplah..umurmu terlalu singkat untuk dihabiskan dengan mengumpul maksiat dan noda sedang pahala entah di mana..peringatan ini buat diriku jua..semoga allah menguatkan langkah ini untuk terus istiqamah dalam mujahadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan