Khamis, 17 September 2009

"pergi tak kembali"

Sepi yang membungkam membingkas sayu di ruang hati yang amat dalam… fikiran yang jauh menerawang teringat akan detik kematian..betapa masa terus deras berlalu..dan.. kita, kita di sini tak pernah tahu apa yang bakal berlaku di hari esok yang mendepan. Benarlah hidup ini penuh rahsia yang tersembunyi. Kita tak dapat menjangka mahupun meneka apa yang akan terjadi. Qadak dan qadar ilahi terus menepati, namun kita masih begini, masih leka dengan arca duniawi. Jauh ukhrawi kita tinggalkan. Sedangkan itulah tempat kembali. Sebenar – benar kembali. Siapa sangka dan siapa duga, tiba- tiba hari ini angin semilir yang bertiup lembut itu akan membelai tumbuh kita yang telah kaku. Baru kelmarin kita bergelak ketawa bersama teman – teman, baru semalam kita berbuat dosa ingkar perintah yang ESA, baru semalam kita menatap langit angkasa tanpa terfikir di benak kita tentang kekuasaanNYA. Hari ini, perut bumi seolah jijik untuk menerima kita, insan yang tak pernah mensyukuri nikmat ALLAH yang maha kuasa. Aduhai kematian yang tersembunyi tarikhnya.. masihkah ingin kita leka? Sedangkan sudah terang lagi nyata, kematian itu untuk semua, bukan milik sesetengah individu Cuma. Siapa kita untuk menolak atau menunda taqdir yang ESA setelah ia berkata “kun fayakun”… saat itu, air mata sudah tiada nilainya, penyesalan juga tidak membawa erti apa-apa. Kita sudah mati!! Sedarlah! Untuk apa taubat ketika itu? Taubat sudah tak di terima.. rejected…sorry..
Sunyi sungguh berada di rumah sempit itu, kita berseorangan, tiada lagi sahabat handai yang dulu setia menemani, tiada lagi ahli keluarga yang pernah di sisi. Yang ada hanya haiwan – haiwan tanah yang juga mengerti bahawa kematian itu sesuatu yang pasti! Lihat, lihat dan sentuhlah pakaian yang membaluti tubuh kerdil kita, pakaian yang tak berjahit, yang warnanya Cuma, Cuma putih tanpa corak berbunga-bunga atau kelip-kelip batu permata. Beginilah kita saat awal detik kelahiran kita, saat mula kita mencelikkan mata melihat dunia nyata. Akhirnya kita kembali kepada fitrah kita, namun kali ini dalam situasi yang berbeza, dulu kita datang tanpa dosa, kini kita kembali dalam terpalit penuh noda. Ketika tangis dan sedu sedan sanak saudara hampir berhenti, kita di sini resah dan gelisah menanti, malam pertama di alam barzakh. Bahagiakah kita? Atau menderita sengsara...

Tiada ulasan: