Khamis, 17 September 2009

bingkisan rindu dari bonda.. ( inspirasi buat nendaku)

di tirai senja itu kau termangu
menatap langit kelabu
mungkinkah malam yang hadir bakal
membawa kerlipan bintang beribu
atau hanya kelam yang bisu?
sepi sering setia mengisi ruang kalbu
tercipta satu persoalan di hatimu
oh..dimanakah engkau wahai anakku?....

malam kini berlabuh sendu
benarlah tekaan si ibu
tiada cahaya menghiasi angkasa biru
yang ada hanya suram menunggu
yang ada hanya mendung di situ..

pada bilahan detik yang telah berlalu
pada cinta yang menjadi sebuah rindu
doa-doaku masih buatmu
sehangat belaian saat kelahiranmu..

akhirnya warna kelabu bertukar ungu
setia ibu berhenti kaku
lalu fajar pun menjadi buntu
pada lambaian terakhir si ibu
dalam sujud penuh syahdu

" selamat tinggal anakku yang sering membuatku tertunggu akan kepulanganmu"

Tiada ulasan: