Khamis, 22 Oktober 2009

arca sandiwara..

sewaktu kaki ini menjejak ke daerah itu..
bilahan hari yang beredar pergi seakan kini kembali..
hadir menatap ungu melankolik, lalu terpercik sinarnya
ke bening wajah
rasa apakah itu yang tanpa jemu bertandang?
sunggguh!! tamu itu bukanlah undangan
menyilau sirna menusuk sukma..
walau malap namun baranya amat terasa..
sakit dan pedih menikam atma.

panahannya membawa aku singgah ke belantara lara
menziarah ke tasik duka
yang airnya tak pernah surut..
ditubir yang berlumut, ada unggas bernyanyi lagu nestapa..
petang gulana itu mengheret aku menyinsing mentari derita
lama menekur tebing kecewa..
lantas kuputuskan aku harus berangkat jua,
dalam pekat zulmat kubawa langkah,
tanpa sedar..ada cahaya datang menyuluh..
ada sinar membelau cerah...
yang pasti, sinar itu bukan lagi malap mahupun sirna..
jauh! jauh sudah tasik duka ku tinggalkan
yang ada cuma pandangan suram dan berbalam..
melambai sepi meruntun nurani..biarkan!!

Tiada ulasan: