Ahad, 18 Oktober 2009

memori, mujahadah n semangat

merenung kejora yang sirna nun jauh di angkasa
terasa jauh sudah semalam di tinggalkan
tiada pamitan lagi walau diri ini sepi menyendiri
semalamkah yang kejam? berlalu bagaikan berlari pergi?

terus menatap langit senja..
juga kian pudar serinya
tiada lagi sinar galak mentari
yang ada cuma lukisan cerita di kanvas memori

rupa-rupanya..
jauh sudah kembara ini
bagaikan langkah kaki ini mahu berhenti..
diri inikah yang selalu salah dalam mentafsir?
jauhnya perjalanan itu sebenarnya bukanlah penentu
sedangkan langkah mujahadah ini tak pernah bernoktah di situ!

Tiada ulasan: