Khamis, 4 Mac 2010

Tatkala sakura ungu berguguran 2..

protected under copyright act 1987

Jari-jemari ini cuba menulis lagi tentang sakura ungu setelah menerima komen dari seseorang yang mengatakan dia tak dapat memahami tulisan "tatkala sakura ungu berguguran episod yang lepas" =).jari berhenti menaip seketika.lantas minda menyorot saki baki kisah semalam serta hari ini.hati pun berbisik.. benarlah..kita adalah pelakon di bumi Allah ini dengan membawa pelbagai watak. melakonkan ribuan episod cerita.ada suka dan ada duka. segalanya di rakam oleh raqib dan atid yang setia di kiri dan kanan kita.
Tatkala sakura ungu berguguran..gerimis di hati seakan tak mahu berhenti.terus membasahi ruangan qalbi..melihat sakura ungu yang gugur senjakala itu seolah melihat putaran peristiwa dalam senggatan masa yang tanpa letih berlalu.Disitu..aku tertanya sendiri. apakah watakku dalam drama panjang ini? sehingga sering aku di persalahkan? walau tanpa sedar aku melukakan hatimu.meski tanpa aku membuat perancangan untuk memilih watak sebegitu.
sakura ungu berguguran lagi..
aku menghampiri..kukutip sakura ungu..dalam nada senyum sakura berbicara..
"biarkan aku di sini..aku telah penat berada di hujung reranting itu..
aku sudah x mampu menahan angin kencang yang menepis kelopak-kelopak ku..
kita adalah dua watak yang berbeza..kau harus teruskan langkahmu..sedangkan aku..
aku akan bersemadi di banir pepohon sakura..lakonanku untuk menghiasi dunia maya sudah terhenti"..
Dan..
saat sakura berguguran kali ini..gerimis di hati sudah tiada lagi..kerana aku telah tegar begini..di sakiti dan terus di sakiti..biar berjuta kali..aku masih mahu meneruskan perjalanan ini.noktah.

Tiada ulasan: