Ahad, 7 Mac 2010

Hati kata rindu..

protected under copyright act 1987

Tuhan..
sering benar hati ini berkata rindu..
sering juga hati ini merintih sayu..
lantaran terasa jauh dariMU
kerana bekalan masih belum cukup untuk bertemu denganMU
meskipun hati ini telah benar-benar rindu

ringankan jawarihku untuk beribadat padamu dengan penuh khusyuk
ringankan lidah ini untuk menyebut ratib namaMU yang indah
ringankan minda ini untuk memikirkan tentang kebesaranMU...

Tuhan..
rindu ini benar-benar mendesak
menyesak jiwaku yang sering alpa..
aku ingin menyintaiMU dengan sebenar-benar cinta..
biar cinta yang alpa beredar segera
biar rindu yang fana menjadi rindu yang bermakna..

1 ulasan:

Puteri Sunan berkata...

Benar sekali wahai sahabat--^_^)'
Hidup kita dalam pencarian --pencarian dalam mencari rindunya, even there have a lot of obstacle..huhu, we should face it--
Rindu pada-Nya, Mahu Redho-Nya.