protected under copyright act 1987
sekadar satu rasa yang singgah di hati lalu mengilhamkan gugusan warna..mencipta pelbagai tafsiran..ku relakan..ku izinkan..
panjang lebar sudah ku titip cerita tentang hati..terkadang rasa itu ibarat layar tanpa kemudi..dibawa angin datang dan pergi..
ku biarkan..
hari ini ..hati menggamit aku untuk menulis lagi..
walhal kemudinya aku masih tak pasti..
ku teruskan..
menatap dan menulis sesuatu dalam diari sanubari..
sehingga aku dan tulisanku menjadi sebati
tak boleh dipisahkan lagi..
tapi..
rasa itu menjadi semakin tidak pasti..
aku keliru lagi..
memilih untuk di sini atau pergi..
ku putuskan..
andai dengan pergi rasa itu menjadi nilaian yang tinggi..
izinkan..izinkan aku pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan